Semua yang anda perlu tahu sebelum membuat tempahan.
Di manakah lokasi pengambilan kamera?
Kami berpangkalan di Johor Bahru. Segala urusan serahan dan pemulangan akan dilakukan di kawasan JB dan sekitar.
Berapa lamakah tempoh sewaan yang dibenarkan?
Kami menawarkan fleksibiliti sepenuhnya. Anda boleh menyewa mengikut keperluan tarikh anda (tertakluk kepada kekosongan slot).
Bagaimana cara pengambilan dan pemulangan?
Urusan adalah secara Self-Pickup & Self-Return oleh pelanggan bagi memastikan keadaan peralatan diperiksa bersama sebelum dan selepas sewaan.
Perlukah saya mengecas bateri sebelum memulangkan?
Ya, wajib. Sila pastikan kamera dicas secukupnya supaya kami dapat menguji kefungsian kamera dengan segera semasa proses pemulangan.
Adakah terdapat diskaun untuk sewaan jangka masa panjang?
Tentu sekali. Kami menyediakan kadar harga istimewa dan diskaun menarik bergantung kepada jumlah hari tempahan anda. Lebih lama anda sewa, lebih jimat!